Membawang Hari Ini

Eric Tsang Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Bekas model Ford Asia Pasifik, Grace Han mendakwa aktor popular Hong Kong, Eric Tsang melakukan ganguan seksual terhadap anak muridnya yang juga seorang artis.

Menerusi laman Weibo miliknya, Grace Han mendedahkan bahwa anak muridnya itu hampir masuk ke dalam perangkap Tsang dan teman-temannya di Hongkong.

Tsang didakwa telah mencampurkan alkohol pada makanan para model ketika di sebuah kelab KTV.

Mujur salah seorang muridnya menyedari hal itu dan segera melarikan diri.

Tambah Grace lagi, dia menasihati anak muridnya itu agar membuat laporan polis. Selain itu, dia juga mengatakan akan mendedahkan identiti lelaki lain yang terlibat turut terlibat pada malam tersebut.

“Jika kamu mengalami gangguan seksual, jangan malu,” tulis Grace.

“Orang-orang yang memperkosa kamu yang harusnya malu! Panggil polis segera! Ini terjadi karena tidak ada seorang pun yang melaporkan kepada polis, orang-orang tidak bertanggungjawab ini akan melakukan kejahatannya berulang kali.”

Sebelum ini, Tsang juga di dakwa merogol aktres Yammie Lam selepas sebuah video tersebar namun bintang filem Once Upon a Time in the Northeast itu menafikannya.

Eric berkata video tersebut telah disunting dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan tersebut.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");