Sukan Hari Ini

Everton Sahkan McCarthy Patah Kaki

PENGURUS Everton, Sam Allardyce, mengesahkan bahawa James McCarthy menderita patah dua tulang kaki kanan dalam seri 1-1 dengan West Brom di Goodison Park, awal pagi tadi.

Menurut Stadium Astro, McCarthy mengalami kecederaan mengerikan itu 10 minit selepas rehat apabila dia cuba menghalang sepakan Salomon Rondon di kawasan penalti, dengan penyerang West Brom itu menendang kakinya dengan kekuatan penuh.

Pemain antarabangsa Republik Ireland itu didatangi kakitangan perubatan selama lebih dari tujuh minit sebelum diusung keluar, sementara Rondon yang kelihatan kecewa dan gementar terpaksa ditenangkan rakan sepasukannya.

Bercakap selepas perlawanan, Allardyce berkata: “James (McCarthy) mengalami patah tulang tibia dan fibula. Dia membayar harga yang mahal untuk keberanian dan komitmennya.

“Ia kehilangan buat kami dari sekarang sehingga akhir musim, ia berlaku dalam perlawanan bola sepak tetapi tidak selalunya teruk begitu.

“Ia adalah kesilapan dan kebodohan kita sendiri bermain di kawasan itu, James mengatasi dengan cemerlang untuk menafikan gol tetapi menderita kerana itu.”

West Brom melakukan jaringan awal menerusi gol liga keempat Jay Rodriguez musim ini, tetapi skuad Allardyce menyamakan kedudukan pada minit ke-70 menerusi sentuhan pertama perlawanan oleh Oumar Niasse.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");