shadow

FACEBOOK Inc sudah mula menukar cara paparan di laman utama suapan berita (news feed) platform media sosial tersebut pada Khamis.

Menurut Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, Facebook kini lebih mengutamakan paparan dari kenalan rapat dan mengurangkan paparan yang berunsur perniagaan dan pengiklanan.

“Keutamaan kami sebelum ini mengutamakan ‘likes’ dan komen bagi meningkatkan algoritma yang menyebabkan ‘posting’ berkenaan kerap muncul dalam kebanyakan suapan berita.

“Kini kami lebih mengutamakan hubungan sosial melalui Facebook berbanding pencarian topik yang berunsurkan pengikalanan dan sebagainya.

“Walaupun perubahan ini bakal menyebabkan pengurangan masa seseorang itu melayari Facebook, ia adalah lebih baik buat pengguna dan syarikat ini,” katanya menerusi ruangan Facebook miliknya lapor Astro Awani.

Manakala laporan Reuters menyatakan, Naib President Facebook, John Hegeman menerusi satu temu bual berkata, paparan pengiklanan di laman media sosial tersebut tidak akan terjejas dengan perubahan ini.

Dalam pada itu, dengan lebih dua bilion pengguna, Facebook merupakan laman media sosial terbesar di dunia. Ia juga antara syarikat terbesar di dunia dengan mencatat pendapatan sebanyak 36 bilion USD (RM142.99 bilion) terutamanya dari pengiklanan.

Komen & Pendapat