Membawang Hari Ini

Fadzli Far East Rakam Lagu Bahasa Tamil

MULA dikenali melalui kumpulan nasyid Far East, Fadzli bagaimanapun memilih untuk bergerak solo, sejak dua tahun lalu.

Pun begitu, sebagai pengenalan diri, penyanyi berusia 42 tahun ini dilihat lebih selesa menggunakan nama kumpulan asalnya, sehingga hari ini.

“Saya bermula dalam dunia seni bersama Far East sejak 2001. Saya juga pengasas kumpulan ini.

“Sebab itu, saya tak bercadang untuk bertukar nama lain kerana ramai yang dah kenal saya melalui Far East.

“Lagipun, Far East sendiri tak kisah, malah mereka sentiasa menyokong pilihan saya,” katanya lapor Sinar Harian.

Ternyata, percaturan anak kelahiran Kulim, Kedah ini mendatangkan hasil selepas dinobatkan sebagai juara Anugerah Nasyid 2017 (AN17).

Bukan itu sahaja, Fadzli turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, selain diumumkan pemenang kategori Artis Solo Pilihan Pendengar menerusi lagu Syahadah.

“Kemenangan ini pastinya menjadi semangat untuk saya terus hasilkan karya terbaik dan berkualiti, terutama dalam industri nasyid ini,” katanya.

Tidak hanya itu, Fadzli juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang memasak.

“Saya ada dua hobi. Satu pegang mikrofon dan satu lagi pegang senduk.

“Jadi, hala tuju saya bukan saja dalam bidang nyanyian tapi saya juga akan terus fokus dalam bidang masakan.

“Insya-ALLAH, saya akan bekerjasama dengan Inteam Production mengeluarkan resipi masakan di YouTube,” katanya yang turut mengusahakan sebuah restoran di Melaka.

Bahkan, dalam diam, Fadzli sudah pun merakamkan tujuh lagu berunsur positif dan motivasi dalam bahasa Tamil.

Bagaimanapun, akuinya, tujuh lagu tersebut yang dirakamkan di Malaysia dan mendapat sentuhan komposer dari India itu, masih belum dilancarkan.

“Asalnya, saya dipelawa usahawan dari India yang sangat gemar mendengar alunan azan dan lagu-lagu nasyid sehingga dia sendiri menawarkan diri untuk menaja saya belajar bahasa Tamil.

“Saya anggap ia sebagai cabaran dan cuba belajar bahasa berkenaan selama setahun.

“Alhamdulillah, saya berjaya kuasainya,” katanya yang juga pernah diundang ke India untuk mengadakan persembahan nyanyian.

Pada masa sama, Fadzli menanam impian untuk berduet dengan penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza seterusnya cuba untuk menyanyikan lagu daripada pelbagai genre.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");