Jenayah

Farid Kamil Direman Empat Hari

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem terkenal Datuk Farid Kamil Zahari direman  empat hari bagi membantu siasatan berhubung  kes menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Memetik laporan Bernama, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bermula hari ini selepas membenarkan permohonan polis untuk meremannya bagi disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada kira-kira 10.35 pagi untuk prosiding reman  dan  dibawa keluar pada kira-kira 10.50 pagi.

Dalam kejadian pada kira-kira 1.20 tengah hari semalam, pelakon itu dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan didakwa  menampar muka anggota polis lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain didakwa mencederakan polis berusia 24 tahun itu, Farid  juga dipercayai berkelakuan ganas dengan menendang dua orang awam di lokasi sama.

Suasana di perkarangan mahkamah pagi ini penuh sesak dengan pemberita dan jurufoto yang  berkumpul  sejak pukul 8 pagi bagi mengikuti kes itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");