Sukan Hari Ini

Felda United Tak Pandang Rendah Saingan Liga Perdana

BIARPUN turun selaku pasukan pilihan, ketua pasukan Felda United Muhd Shukor Adan menegaskan pasukan itu tidak akan mengambil mudah saingan pasukan lain dalam Liga Perdana musim ini.

Muhd Shukor berkata saingan dalam Liga Perdana lebih sukar memandang pasukan lain pasti akan berjuang habis-habisan untuk menewaskan Felda United.

“Orang lain mungkin menganggap pasukan Felda United adalah kuat tetapi bagi saya tidak. Sebenarnya lebih sukar beraksi dalam Liga Perdana kerana semua pasukan akan berusaha habis-habisan untuk menentang Felda United.

“Dalam apa jua situasi semua pemain perlu memberikan komitmen sepenuhnya. Pasukan tidak boleh memandang rendah kepada pasukan lain dalam setiap perlawanan. Kami perlu menganggap semua pasukan itu kuat ,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis memperkenalkan pegawai dan pemain Liga Perdana serta pelancaran kit jersi musim 2018 di Menara Felda di sini.

Felda United menduduki tangga ketiga Liga Super 2017 terpaksa beraksi di Liga Perdana musim ini ekoran kegagalan pasukan itu mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi dalam saingan Liga Super.

Felda United akan membuka tirai perlawanan dengan menentang pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Jumaat.

“Walaupun kami perlu beraksi di Liga Perdana pada saat akhir, ia tidak mematahkan semangat pasukan. Jurulatih telah mengambil beberapa pemain baharu yang berkualiti. Kami perlu meneruskan perjuangan,” katanya lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");