Perak Hari Ini

Flat Sungai Pari, Flat Terbiar?

IPOH: Jika berada di sekitar Pekan Lama, Buntong dan sekitarnya, mata tidak akan terlepas daripada melihat sebuah bangunan pangsapuri tinggi yang mempunyai seni bina yang agak retro.

Namun, buat generasi muda kemungkinan besar mereka tidak mengenali mahpun akan tertanya-tanya apakah sebenarnya bangunan itu dan mengapa ia ditinggalkan, sedangkan ia begitu hampir dengan bandaraya Ipoh.

Tinjauan Perak Today mendapati keadaan persekitaran Flat Sungai Pari (Sungai Pari Towers), Buntong, dekat sini, agak kurang menyenangkan dek kerana timbunan sampah merata-rata dan keadaan tumbuhan seperti pokok liar dan lalang yang tidak diurus dimana ia sekaligus menampakkan lagi keadifan keadaan bangunan 15 tingkat ini.

 

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa lot rumah yang masih diisi terutamanya di bangunan empat tingkat, bersebelahan dengan tersebut.

Salah seorang yang ditemui, yang hanya mahu dikenali sebagai Devi berkata dia sudah menetap di sini sejak 20 tahun yang lalu.

Katanya, pada awal, flat di sini dihuni oleh ramai keluarga dan keadaan di sini meriah namun, pada lewat 1990 ia mula dikosongkan dengan secara beringkat.

 

Ujarnya lagi, pihak Majlis Bandaraya Ipoh sendiri yang meminta mereka mengosongkan kawasan ini bagi tujuan penambahbaikkan dan pembangunan.

Dikatakan kebanyakkan daripada penduduk asal di sini telah berpindah dan menetap di sekitar Ipoh antaranya di Flat Harmoni Buntong, yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari flat ini.

 

‘Port’ Jenayah

Salah seorang penjaga kuil di kawasan ini yang ditemui berkata kawasan di sekitar flat di sini agak tidak selamat untuk didiami kerana menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Malah, keadaan yang sunyi juga merupakan punca aktiviti jenayah seperti mencuri senang dilakukan.

 

“Kawan saya yang bekerja sebagai penghantar gas memasak pernah mengalami kecurian minyak motorsikal, ketika sedang menghantar tong gas pada salah sebuah rumah di sini.

“Akibatnya, dia terpaksa menyorong motosikalnya sejauh 5 kilometer, pulang ke kedai. Sejak daripada itu, dia sudah serik untuk ke sini,” katanya.

Selain itu, dia turut berkata pernah melihat beberapa orang penagih dadah datang ke sini untuk melepaskan gian.

Walau bagaimanapun, katanya aktiviti tersebut sangat jarang berlaku, memandang terdapat banyak anjing liar yang berkeliaran di kawasan ini.

 

Sejarah Dan Seni bina

Dikatakan Flat Sungai Pari yang dibina pada sekitar 1960-an ini merupakan cetusan idea David A. Aitken, seorang pegawai perancang bandar di Ipoh pada tahun yang sama.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif pihak berkuasa pada waktu itu, yang mahu mewujudkan penempatan kos rendah bagi penduduk di sekitar ipoh.

 

Bangunan utama 15 tingkat ini mempunyai 120 buah unit dan dikelilingi oleh 12 blok rumah 4 tingkat, yang mempunyai 288 unit.

Salah satu struktur ikonik bangunan ini terdapatnya sebuah binaan seolah-olah penghadang cahaya matahari, yang menutupi bahagian atas bumbung dan unit flat berkenaan.

 

Pihak Berkuasa Kena Ambil Tindakan

Sebagaimana dinyatakan, kawasan ini merupakan salah satu kawasan aktif bagi nyamuk pembawakkan wabak denggi.

Pihak berwajib, dengan kerjasama penduduk setempat harus mengambil tindakan dengan membersihkan kawasan ini agar dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya itu daripada merebak kepada warga Ipoh.

Diharap pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Ipoh, dapat menyegerakan perancangan bagi menaiktaraf kawasan Flat Sungai Pari ini.

Sebagaimana saranan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang mahu menjadikan Perak sebagai negeri bersih, usaha dan gerak kerja ke arah itu harus dilaksanakan ke atas kawasan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");