Membawang Hari Ini

Fynn Jamal Buru Wanita Yang Menipunya

Hasrat penyanyi Fynn Jamal dan keluarganya mahu bercuti di sebuah pusat pelancongan di Port Dickson terbantut apabila dia telah menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang sepatutnya menguruskan percutian tersebut.

Geram dan kesal dengan sikap tiak bertanggungjawab individu terbabit, Fynn atau nama sebenarnya Nur Afrina Yanti Jamal telah memuat naik gambar kad pengenalan dan beberapa keping foto individu berkenaan dikenali sebagai Norshafika Azha sebagai jalan terakhir mencari suspek.

“Tujuan status ini dibuat bukan untuk memalukan suspek namun ia satu-satunya cara bagi dia keluar dan mengaku perbuatannya.

“Saya hanya kerugian sekitar seribu ringgit tetapi masih ada 132 orang yang turut menempah percutian melaluinya yang mengumpul wang dengan bersusah payah namun akhirnya ditipu begini,”tulisnya pada status tersebut seperti yang dilapor Kosmo!

Tambah Fynn, dia sekadar ingin bertemu dengan Norshafika dan bertanya apakah yang membuatkan wanita itu gelap mata dan mengambil semua wang milik pelanggan.

“Jadi kepada Norshafika, keluar daripada persembunyian dan datang berjumpa saya kerana saya benar-benar nak tahu apa yang untung ambil duit orang,” jelasnya lagi.

Terdahulu, situasi sama berlaku kepada pelakon Den Wahab dan Aziz M.Osman hujung tahun lalu apabila terkandas di Korea Selatan apabila ejen pelancongan mereka menipu wang yang telah dibayar.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");