Membawang Hari Ini

Grant Selami Budaya Bertunang Di Sabah

SEMENJAK berita pertunangannya dengan gadis Sabah menjadi bualan, pergerakan bintang siri The Flash iaitu Grant Gustin, 27, terus menjadi tumpuan.

Rakyat Malaysia begitu teruja sebaik dia mengumumkan sudah bertunang dengan Andrea Thoma, 29, gadis kacukan Amerika Syarikat -Kadazan pada April tahun lalu.

Terbaru, Grant meluang­kan masa untuk melawat kampung halaman ibu Andrea di Kolopis, Penampang, Sabah bagi meraikan Krismas dan tahun baru.

Ternyata, sekali lagi Internet dibanjiri cerita pasangan itu.

Bahkan, ada yang membuat andaian pasa­ngan itu pulang ke sini bagi melangsungkan upacara perkahwinan secara tertutup.

Ia turut mendapat perhatian beberapa media yang melaporkan mereka sudah berkahwin.

Bagaimanapun, Grant menafikan dakwaan itu menerusi kenyataan di Instagram.

Menurutnya, kunju­ngan ke kampung Andrea atau manja dipanggil LA itu adalah bagi mengenali secara dekat ahli keluarga serta budaya di sana.

“Saya mahu beri pencerahan terhadap sesuatu sebelum ia menjadi tular di Internet. Ada satu laporan mengatakan saya dan LA melangsungkan perkahwinan tertutup di sini tapi sebenarnya ia tidak benar.

“Kami cuma mengadakan upacara simbolik mengikut tradisi Kadazan bagi menghormati nenek moyang LA dan kami belum berkahwin. Kami sa­ngat gembira di Sabah,” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Grant dan tunangnya menjadi perbualan hangat pada 18 Disember lalu sebaik pelakon terbabit memuat naik foto pertamanya berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Ia sekali gus membuat­kan media sosial dibanjiri dengan cerita mereka dan mengucapkan selamat datang buat mereka.

Bukan sehari dua, pasangan ini mengambil masa berminggu-minggu untuk memanfaatkan kunjungan kali ini apatah lagi keluarga Andrea masih ramai di sini.

Mereka dilihat menghabiskan masa dengan menghadiri majlis keramaian di rumah sanak-saudara.

Di kesempatan itu, pasangan terbabit tidak ketinggalan melakukan upacara tradisi kaum Kadazan yang berlangsung di rumah keluarga Andrea yang turut dihadiri rakan karib Grant.

Kunjungan itu tidak lain adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan selain tidak melupakan asal-usul.

Pelakon itu juga kini mula mengikut tradisi berkenaan.

Grant dan Andrea dijangka akan berkahwin di Amerika Syarikat tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");