Isu Panas

Guan Eng Kemuka Fakta Bercanggah

GEORGETOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ekoran kenyataannya berhubung isu projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di negeri ini.

Chang Yeow berkata, ia susulan kenyataan Guan Eng yang melabelnya sebagai pembohong ketika mengemuka kenyataan berhubung projek mega dianggarkan bernilai RM6.3 bilion itu, semalam.

“Saya sudah mengarahkan peguam untuk meneliti dakwaan Guan Eng bahawa saya berbohong dalam isu ini. Saya akan gunakan hak undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

“Saman pemula ke atas beliau hanya akan diserahkan sejurus penelitian oleh pihak peguam saya selesai nanti,” katanya pada sidang media di Pejabat Gerakan Pulau Pinang pada Khamis lapor Berita harian.

Semalam, Guan Eng mencabar Chang Yeow menamakan Setiausaha Agung DAP itu secara jelas dalam kenyataan medianya berkaitan isu terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang didakwa berunsur fitnah.

Dalam pada itu, Chang Yeow turut menyifatkan Guan Eng sebagai penipu apabila kerap mengemuka kenyataan bercanggah berhubung isu projek mega yang akan menghubungkan Persiaran Gurney di sini dengan Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Katanya, ia susulan beberapa kenyataan bercanggah dikemuka Setiausaha Agung DAP itu yang turut dimuat naik dalam laman Facebook rasmi CM Lim Guan Eng, sejak 2015 lagi.

“Guan Eng pernah menghadiri upacara menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) pengurniaan tanah tambakan laut di Gurney Wharf seluas 20.23 hektar, antara Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd dengan Ewin Zenith Sdn Bhd, pada 13 Ogos 2015. Bagaimanapun, ia dinafikan Guan Eng, baru-baru ini.

“Guan Eng juga menyatakan pembayaran bernilai RM208 juta kepada syarikat perunding projek mega terbabit dibuat bagi laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang sudah lengkap, minggu lalu.

“Bagaimanapun, semalam, beliau menyatakan bayaran bagi keseluruhan kerja EIA projek terbabit ditanggung pihak perunding, sejurus saya membangkitkan fakta berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri, kelmarin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");