Perak Hari Ini

Guna Sistem Antarabangsa, Bantu Anak Yatim Dapat Pendidikan Sempurna

LUMUT:Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas di Padang Tembak di sini menggunakan sistem pendidikan antarabangsa bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik, minda dan rohaninya.

Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sekolah tahfiz tersebut menempatkan pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan golongan miskin yang akan dikelolakan sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ikhlas.

“Pendekatan pembelajaran dan seni bina bangunan ini kreatif dan ia adalah hasil usaha serta sumbangan oleh orang ramai malah kita membantu untuk mendidik anak yatim, anak dari keluarga miskin supaya diberi taraf pendidikan terbaik dengan kokurikulum menarik pendekatan antarabangsa,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas di sini hari ini.

Beliau terdahulu turut menyampaikan ucapan dan memberikan kata-kata semangat kepada 22 pelajar yang mendaftar untuk sesi pertama sekolah tersebut hari ini.

Zambry turut berkongsi harapan agar sekolah tersebut menjadi tapak bagi membentuk generasi terbaik hafiz yang berjaya dalam bidang akademik dan juga akhlaknya.

“Kita turut menekankan pembinaan akhlak diri mereka supaya dapat melahrikan insan cemerlang yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Yayasan.

“Sekolah ini menempatkan pelajar tingkatan satu hingga lima bagi setakat ini pendaftaran cuma tingakatan satu sahaja dan satu kelas menempatkan 20 hingga 22 pelajar sahaja bagi mengekalkan kualiti pendidikan,” katanya.

Jelasnya lagi jawatankuasa dilantik akan membuat pemilihan pelajar berpandukan latar belakang mereka iaitu pelajar dari golongan yatim dan miskin tegar serta syarat asas akademik.

“Penekanan diberikan terhadap kecemerlangan dunia dan akhirat selain penguasaan bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin.

“Kita yakin asas utama sesuatu pengajian  adalah penguasaan bahasa dan membina akhlak selain menjaga kesihatan dan kebersihan yang turut terapkan.

“Bagi membentuk manusia perlu ada kesempurnaan akhlak, akdemik, nilai kerohanian dan fizikal gabungan diantara minda, fizikal dan jiwa,” katanya.

Pengerusi Jemaah Pengelola Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas,Datuk Mohd Azmin Othman berkata sistem pendidikan antarabangsa yang digunakan ialah International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE) Cambridge adalah langkah persediaan pelajar melanjutkan pembelajaran ke peringkat ‘A’ dan ‘O’ Level.

“Kurikulum pertama akan menumpukan pada Hafazan dan Pengajian Islam dan pada tahun ketiga pembelajaran akan mengikuti sistem  IGCSE berdasarkan kecenderungan dan minat mereka kelak.

“Turut disediakan kelas bahasa dan sukan seperti berkuda,memanah dan berenang semuanya disediakan sepenuhnya oleh pihak yayasan.

“Pemilihan pelajar berdasarkan latar belakang pelajar, dibantu sama Jabatan Pendidikan dan pendapatan penjaga bwah RM2,500,” katanya.

Sekolah tahfiz berkeluasan dua ekar menelan belanja RM4 juta ini lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan landskap yang bercirikan pusat pendidikan seperti di Magribi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");