Membawang Hari Ini

Hafiz Timang Cahaya Mata Lelaki

KUALA LUMPUR: Sehari sebelum meraikan tahun baharu 2018, penyanyi terkenal, Hafiz Suip, bergelar bapa dengan kelahiran anak lelaki sulungnya, semalam.

Berita gembira berkenaan diumumkan penyanyi lagu Awan Nano itu menerusi Instagram beliau, beberapa jam lalu.

Hafiz memuat naik gambar kaki kanan anaknya, dan perkongsian terbabit menerima lebih 21,000 tanda ‘like’, selain hampir 500 komen netizen yang mengucapkan tahniah.

“Alhamdulillah, saya kini sudah jadi bapa. Dia dilahirkan normal pada jam 8.06 pagi,” katanya ringkas, menerusi laporan BH Online.

Hafiz, 27 turut meluahkan kesyukuran atas kurniaan yang juga dianggap sebagai pelengkap kebahagiaan hidupnya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah.

“Assalamualaikum semua, pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurnia-Nya, cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

“Terima kasih kepada isteri kerana memberikan saat yang paling indah dan hadiah berharga tahun ini. Terima kasih buat ibu bapa, keluarga dan rakan yang banyak memberi sokongan moral buat kami berdua. Tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami.

“Terima kasih juga doktor dan kakak jururawat yang memberikan khidmat terbaik menyambut kelahiran anak sulung saya,” tulis Hafiz.

Bintang kelahiran program Akademi Fantasia itu dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei tahun lalu, di Kuching, Sarawak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");