Sukan Hari Ini

Hafizh Syahrin Raih Anugerah SIC-MAM

SEPANG: Kejayaan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah (gambar) menaiki podium sebanyak dua kali pada musim lalu telah membolehkannya memenangi Anugerah Pelumba (dua roda) Antarabangsa Terbaik 2017 SIC-MAM, hari ini.

Hafizh yang akan memulakan musim ini bersama pasukan baharu turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Peminat Pemotoran. Pelumba berusia 23 tahun itu turut ditempatkan dalam Hall of Fame bersama Hanifah Yoong dan Oh Kah Beng.

“Terima kasih kerana memilih saya untuk anugerah ini dan sudah tentu kejayaan ini menjadi ‘tonik’ kepada saya untuk beraksi dengan lebih baik pada musim ini.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia khususnya peminat sukan pemotoran kerana sudi memilih saya untuk memenangi Anugerah Pilihan Peminat Pemotoran,” katanya yang ketika ini sedang menjalani latihan di Barcelona, Sepanyol.

Bagi kategori Pelumba Antarabangsa Terbaik (empat roda) 2017 dimenangi oleh pelumba GT3 negara, Afiq Ikhwan selepas kejayaannya muncul juara di Kejohanan Lamborghini Super Trofeo Asia tiga tahun berturut-turut bermula dari 2015.

“Terima kasih kerana dengan anugerah yang diberikan sebelum ini, saya bergerak secara bersendirian dan akhirnya saya mendapat pengiktirafan. Saya fikir ini satu penghargaan kepada saya dan saya amat bersyukur dengan anugerah yang dimenangi pada malam ini,” katanya.

Sebanyak 13 anugerah dipertandingkan untuk mem­beri penghargaan kepada pelumba negara yang mengharungi saingan di pentas tempatan dan antarabangsa sepanjang musim 2017.

Sementara itu, bagi kategori Anugerah Berita (media cetak) Terbaik dimenangi oleh wartawan Kosmo, Muhammad Riduan Mohd. Hanafiah.

“Terima kasih dengan pengiktirafan yang diberikan kepada saya. ,” kata Muhammad Riduan.

– Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");