Perak Hari Ini

Halang Gerakan Cuba Cetuskan Isu Perkauman

IPOH:Sebarang gerakan yang bertujuan untuk mencetuskan isu perkauman, khasnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ini perlu dihalang supaya tidak membawa kepada budaya yang tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata dalam usaha untuk terus mengekalkan perpaduan, kerajaan dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya timbul isu berkaitan perkauman.

“Sekiranya timbul isu maka kerajaan tidak akan teragak-agak mengambi tindakan agar ia tidak berleluasa ataupun tidak membawa kesan negatif kepada kehidupan masyarakat di negara ini.

“Kita berharap tiada pergaduhan serta kekecohan terhasil daripada gerakan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media setelah menghadiri Pesta Pongal 1 Malaysia anjuran Gabungan Persatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO-NGO) Prihatin Perak di Jelapang hari ini.

Terdahulu sebanyak 25 NGO dibawah gabungan ini dan diterajui oleh Rukun Tetangga Jelapang dan Kelab Sukan Dan Rekreasi Jelapang telah terlibat pada penganjuran pesta Pongal tersebut yang berlangsung buat kali ke-3.

“Majlis seperti pesta Pongal boleh diraikan bersama rakyat Malaysia bukan sahaja diraikan oleh kaum India kerana konsep asas adalah berkaitan kesyukuran kepada tuhan atas rezeki telah diperolehinya.

“Selain memberi banyak makna, turut mencerminkan bahawa negara kita adalah aman dan harmoni, haruslah kita bertanggungjawab mengekalkan kesepaduan melalui aktiviti yang boleh menggeratkan silaturahim antara kaum,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Prihatin Perak Prof Dr.Richard Ng berkata pesta Pongal 1Malaysia yang dianjurkan buat kali ketiga ini merupakan tanda ucapan terima kasih kepada penduduk setempat dan mengeratkan silaturahim dalam satu komuniti 1Malaysia.

“Ia adalah tanda terima kasih kepada penduduk setempat dan diharapkan perpaduan akan kekal terjalin,” katanya.

Malah pesta tersebut juga turut menarik kunjungan daripada pelancong luar negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");