Jenayah

Ibu, Anak Ditembak Mati

NEW DELHI – INDIA . Penduduk desa Sorkha di daerah Meerut dilanda panik dan ketakutan selepas tiga lelaki menembak mati seorang wanita warga emas di luar rumahnya, kelmarin.

Sebelum wanita malang itu dibunuh, penyerang terlebih dahulu menembak mati anak lelakinya beberapa ratus meter dari kediaman mereka.

Kejadian berlaku pada waktu tengah hari ketika mangsa dan rakannya sedang berehat, namun rakan wanita itu tidak dicederakan.

Polis berkata, penyerang melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat.

Pembunuhan Nichettar Kaur, 60, sempat dirakam CCTV yang dipasang di kawasan kediamannya dan menjadi tular di media sosial memetik laporan India Today.

Menurut polis, mangsa dan anak lelakinya dikenali sebagai Balmendra, 28, adalah saksi penting dalam kes pembunuhan suaminya pada 2016.

Dua beranak itu dijangka memberi keterangan di mahkamah dalam waktu terdekat.

“Isteri mendiang Balmendra sudah membuat laporan polis, dalam laporannya pembunuhan itu didalangi tiga penduduk kampung tersebut,” kata jurucakap polis Manjil Saini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");