Perak Hari Ini

Indeks Jenayah Perak, Turun

IPOH: Polis Perak berjaya menurunkan kadar indeks jenayah pada tahun lalu iaitu sebanyak 520 kes, bersamaan dengan 13.2 peratus.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pada 2017 sebanyak 5,326 kes dicatatkan berbanding tahun sebelumnya iaitu  5,846 kes.

Katanya,indeks bagi kesalahan jenayah kekerasan dan kecurian harta benda, masing-masing mengalami penurunan sebanyak 12.1% dan 8%.

Bagaimanapun jelas beliau, indeks bagi jenayah kekerasan yang membabitkan kegiatan samun tanpa senjata api mencatatkan peningkatan sebanyak enam kes daripada 201 kes pada tahun 2017, berbanding 195 kes pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Hasnan berkata, kes kecurian motosikal merupakan penyumbang utama kepada indeks jenayah negeri yang mana ia mencatat 1,912 kes dan mengalami peningkatan sebanayk 35.9%.

“Ipoh mencatatkan rekod jenayah tertinggi bagi seluruh daerah di Perak iaitu sebanyak 39.1%

“Diikuti dengan Manjung sebanayk 13.7% dan Hilir Perak, 10.5%,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Serah Terima Tugas di Mess Pegawai Kanan Kontinjen Perak, dekat sini, pada Jumaat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");