Perak Hari Ini

“Ipoh Shoe City” Bakal Jadi Produk Pelancongan Terbaru Di Perak

IPOH:Pelancaran projek “Ipoh Shoe City” diharap mampu menjadi salah satu produk terkenal di negeri ini dan seterusnya menempa nama pada peringkat antarabangsa.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata usaha tersebut telah dibincangkan oleh kerajaan Negeri bersama persatuan Industri kasut Negeri Perak sejak tahun 2012 di mana ia akan menghimpunkan kepakaran pembuatan kasut Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) dalam usaha mewujudkan bandar berasaskan pengeluaran kasut.

“Kita harapkan tapak ini akan menjadikan lokasi bagi pengeluar kasut terbesar diusahakan anak tempatan dan dapat berkembang sebaik mungkin selain memacu ekonomi negeri Perak,” katanya pada majlis pecah tanah dewan pameran Shoe City di kawasan Perindustrian Pengkalan di sini hari ini,” katanya.

Jelasnya lagi, pembinaan tersebut bakal menjadi satu lagi lokasi pelancongan untuk pembelian serta pembuatan kasut yang berkualiti kelak.

“Mereka bukan sahaja telah memasarkan kasut di dalam negara tetapi di luar negara malah difahamakan ada menerima tempahan peringkat antarabangsa.

Katanya lagi Negeri Perak juga merupakan negeri yang mengeluarkan produk kasut terbesar Di Malaysia malah industrinya telah menjangkau usia 104 tahun.

“Tempoh perniagaan begitu panjang pastinya pengalaman kepakaran mereka begitu baik dan diharapkan kesemua ini dapat digabungkan sebagai satu identiti ekonomi melibatkan IKS yang mana dahulunya produk yang dihasilkan dalam industri belakang rumah telah ditransformasikan,” katanya.

“Shoe city ini telah menjadi kenyataan apabila bangunan pameran telah dibina dan tempoh perancangan untuk kawasan sekitar 26 ekar ini akan mengambil masa dalam 7 hingga 8 tahun,”katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Industri Kasut Perak Lee Min Choy dalam ucapan perasmian berkata projek tersebut melibatkan pembinaan 128 buah kilang, 18 buah kedai, hotel dan sebuah dewan konvensyen melibatkan peruntukan berjumlah RM100 juta.

Manakala Dewan Konvensyen turut menyediakan ruang pameran kasut, muzium kasut, dewan konvensyen, restoran, kedai borong kasut dan sebuah pusat akademi kasut yang merupakan pertama di negara kita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");