Membawang Hari Ini

Isma AF7 Akui Rumah Tangga Bergolak, Tawar Hati

PENYANYI Isma AF akhirnya mengakui bahawa rumah tangganya bersama komposer Zul 2by2 sedang bergolak.

Isma yang ditemui di majlis sidang media showcase Setangkai Irama 80an, D’Empangan Udang Galah menjelaskan mengenai kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya itu.

“Kalau boleh saya tak mahu bercerita mengenai hal rumah tangga tapi nampaknya tak sangka cerita ini dapat dihidu juga.

“Saya sebolehnya nak tunggu sehingga semua proses selesai kemudian barulah saya akan beritahu jika ditanya.

“Jadi saya akui yang memang rumah tangga saya sedang bergolak. Itu sahaja yang saya boleh beritahu buat masa ini. Tunggu masa yang sesuai,” ujar Isma memetik sumber Sinar Harian.

Isma juga mengakui yang dia sudah tawar hati.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");