Isu Panas

Isu Beku Peruntukan: Pas Selangor Jumpa MB Minggu Depan

SHAH ALAM – Pemimpin Pas Selangor dijangka akan bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali minggu depan bagi membincangkan isu pembekuan peruntukan kawasan wakil rakyat parti tersebut di negeri ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, semalam.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi berkata, pemimpin Pas Selangor akan bertemu Mohamed Azmin minggu depan, bagaimanapun tarikh tepat belum diputuskan.

“InsyaAllah minggu depan kita akan jumpa beliau.

“Namun begitu, parti belum buat keputusan sama ada semua Exco akan berjumpa beliau atau sebaliknya bagi membincangkan perkara berkenaan,” katanya memetik sumber laporan Sinar Harian berkaitan dengan pertemuan pemimpin Pas Selangor dengan Mohamed Azmin.

Terdahulu, Pas Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Selangor minggu ini, sekiranya masalah pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat mereka tidak diselesaikan dengan segera.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata Pas Selangor akan meminta Mohamed Azmin mengadakan mesyuarat bagi memberi penjelasan mengapa peruntukan disalurkan kepada ahli parlimen dan Adun Pas disekat.

Sekiranya Mohamed Azmin tidak dapat memberi jawapan munasabah, pihaknya merancang akan menghadap sultan.

Disember tahun lalu, sudah ada desas-desus menyatakan Kerajaan Selangor akan membekukan peruntukan kawasan yang disalurkan kepada semua 13 Adun Pas Selangor dan lima penyelaras Dun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");