Berita Hari Ini

Isu Rela: Polis Rekod Keterangan Shafie

SHAH ALAM – Polis merakam percakapan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Kita telah merakam percakapan beliau (Shafie) beberapa hari lalu. Selain itu, kita juga akan mengambil keterangan daripada pihak penganjur sebelum kertas siasatan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Baru-baru ini Shafie mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota Rela yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Menerusi video berdurasi 21 saat yang telah tular, Shafie ketika berucap dalam Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang tidak mahir dalam mengendalikan senjata di Esszone.

16 Januari lalu, Rela dalam satu kenyataannya menyatakan kekesalannya dengan kenyataan Shafie.

Rela berpendapat kenyataan Shafie adalah mengelirukan terutamanya kepada masyarakat Sabah dan ia adalah satu penghinaan kepada 3.05 juta ahli Rela di seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");