Berita Hari Ini

Jabatan Imigresen Tak Pernah Halang Kanak-Kanak Bukan Warganegara Bersekolah

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk bersekolah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan lengkap.

“Sekali lagi saya menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warganegara memasuki persekolahan,” katanya dalam kenyataan, semalam lapor Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Seremban yang dihalang bersekolah kerana tidak memiliki pasport yang didakwa polisi baharu Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dilaporkan sudah memberi pas khas kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai G Darshana itu untuk menghadiri sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya di Seremban, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");