Berita Hari Ini

Jaga Adab Dalam Berpolitik: Asyraf Wajdi

SHAH ALAM – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyarankan agar ahli-ahli politik supaya menjaga adab dan akhlak dalam berpolitik.

Dalam keghairahan berkempen dan menagih sokongan jangan sesekali melangkaui batas dan sempadan akhlak dan nilai sehingga sanggup memperjudikan agama dan moral.

“Sebagai wakil rakyat dan ahli politik veteran (Datuk Mahfuz Omar), dia sepatutnya memberikan contoh teladan yang baik kepada rakyat apatah lagi kepada generasi muda hari ini.

“Tindakan mengheret institusi raja atas apa jua alasan dalam menjustifikasikan pendirian politik adalah suatu yang tidak beradab. Apatah lagi mempersendakan Tuanku Sultan,” tegas Asyraf.

Beliau berkata demikin ketika mengulas laporan Sinar Harian semalam mengenai Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dilaporkan murka dan tersinggung dengan tindakan Ahli Parlimeb Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa menghina dan memperlekehkan Sultan Pahang dalam ceramah politiknya tular di media sosial.

Katanya, institusi raja-raja Melayu bukan sekadar simbol tetapi lambang kedaulatan agama dan martabat bangsa yang berpaksikan nilai moral dan adab tatasusila yang luhur bagi Bangsa Melayu.

Justeru sebarang aksi dan tindakan berupa penghinaan kepada insitusi ini boleh dianggap sebagai suatu bentuk pencabulan kepada kedaulatan dan martabat agama dan bangsa.

“Sudah tiba masanya penjernihan budaya baru dilakukan ke atas ahli-ahli politik  masa kini.

“Sebagai pemimpin siasah, harus sentiasa berjiwa luhur dan berjati diri kental berteraskan prinsip agama dan akhlak.

“Janganlah kerana terlalu taksub dan ghairah berparti dan berpolitik, kita akhirnya sanggup membelakangi prinsip agama dan memperjudikan maruah bangsa. Institusi Raja-raja Melayu mesti sentiasa dihormati dan didaulatkan demi kelangsungan generasi masa depan yang bermaruah dan beradab,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");