Jenayah

Jam, Beg Tangan Berjenama, 3 TV, Al-Quran Antara Barang Yang Lesap

KOTA BHARU: Seorang suri rumah kerugian ribuan ringgit selepas rumahnya dipecah masuk dalam kejadian di Taman Sabariah Taman Uda Murni di sini semalam.

Menerusi laporan Sinar Online, mangsa yang baru pulang dari rumah ibunya di Kampung China, Pantai Cahaya Bulan pada jam 7. 30 malam, terkejut apabila melihat pintu pagar rumahnya terbuka dan ketika masuk ke kawasan rumah dia mendapati pintu jeriji besi turut dipotong dan pintu kaca diumpil.

Mangsa juga turut membuat pemeriksaan dalam kediamannya yang turut berada dalam keadaan berselerak.

Selepas membuat pemeriksaan, mangsa mendapati pelbagai barangan berharga miliknya serta anak-anak hilang dan dia mengesyaki rumahnya dipecah masuk.

Antara barangan yang hilang termasuk jam tangan jenama Omega, jam poket jenama Tissot, jam dinding jenama Rolex termasuk tiga unit beg tangan jenama antarabangsa dan tiga unit televisyen.

Antara barang yang dicuri lagi ialah satu set pembesar suara, bingkai gambar anak dan al-Quran.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pihaknya menjalankan siasatan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan pecah rumah dan curi.

“Kita sedang giat mengesan suspek yang terlibat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");