Berita Hari Ini

Jangan Lupa Saya Apabila PRU14: PM Najib

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak melupakan beliau ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Malah dalam ucapannya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sekali lagi memberi indikasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.

“Tuan-tuan berhari raya hari ini. Tak lama lagi, kita ‘berhari raya’ untuk semua. Saya harap, jangan lupalah saya bila sampai masanya nanti (PRU14),” katanya, menerusi laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesra Rakyat bersempena sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniyar Swamy di sini hari ini.

Bagaimanapun, Najib tidak mengulas lanjut secara spesifik berkenaan tarikh PRU14 sebaliknya meminta masyarakat India memberi sokongan penuh kepada calon BN pada PRU14.

Beliau menyifatkan hari ini merupakan hari kebesaran kepada penganut Hindu selain enggan ‘bercerita’ panjang berkenaan politik.

Hadir sama adalah Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");