Isu Panas

Jangan Menunjuk-Nunjuk Kekuatan Kita: Idris Haron

MELAKA: Jentera Barisan Nasional (BN) negeri dinasihatkan supaya ‘tidak menunjuk-nunjuk’ dengan kekuatan mereka sehingga dianggap sebagai terlalu yakin boleh menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Idris Haron, sebaliknya mahu jentera parti memperkukuhkan kekuatan menerusi penyusunan strategi, sekali gus mampu memberi kemenangan kepada calon BN.

“Mereka boleh menunjukkan kekuatan, tetapi janganlah terlalu ‘menunjuk-nunjuk’ seolah-olah terlalu yakin kita akan menang. Ini satu situasi yang tidak sihat.

“Apa yang penting setiap jentera menyusun gerak kerja bagi memantapkan usaha mempertahankan BN di Melaka,” katanya selepas melancarkan Jentera BN Parlimen Tangga Batu, di Dataran 1Malaysia, Klebang, di sini, malam tadi, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Timbalan Pengerusi BN Tangga Batu, Datuk Wira Abu Bakar Mohamad Diah; Pengerusi MCA negeri, Datuk Lim Ban Hong dan Pengarah Logistik BN negeri, Datuk Seri Ali Mohamed.

Terdahulu, Idris yang juga Ketua Menteri Melaka dalam ucapannya berkata, rakyat perlu sedar BN adalah satu-satunya parti yang diibaratkan seperti sebuah rumah kukuh, berbanding pembangkang yang dilihat kian condong dan hampir menyembah bumi.

Katanya, dengan keadaan itu, rakyat boleh menilai kemampuan pembangkang dan tidak meletakkan harapan kepada mereka yang kini tidak tentu arah untuk mentadbir negara.

“BN umpama sebuah rumah yang teguh dan diisi penghuni yang berfikiran mulia, manakala pembangkang pula sebuah rumah yang condong dan hampir menyembah bumi.

“Saya berkata demikian kerana pembangkang ketika ini tiada ahli cawangan dan struktur bahagian, tiba-tiba menganjurkan konvensyen dan melantik individu yang tidak tentu hala sebagai calon pemimpin utama mereka.

“Adakah individu seperti ini yang kita mahu untuk memimpin negara. Orang seperti ini sebenarnya akan merosakkan negara yang sudah kita bina ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");