Isu Panas

Jangan Rosakkan Imej Parti: Annuar

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO diingatkan menjaga imej parti lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata antara perkara yang boleh merosakkan imej parti ialah “pergaduhan” sesama rakan.

“Kini PRU14 semakin hampir, bagaikan 100 hari lagi atau kurang dari 100 hari untuk bersama UMNO menentukan nasib agama dan bangsa sendiri,” katanya ketika berucap pada majlis Pemukiman Jentera PRU UMNO Bahagian Taiping, hari ini.

Annuar juga mahu ahli UMNO supaya duduk dalam saf yang kolektif dan melihat sudut atau perspektif yang lebih besar untuk memenangi PRU-14 dengan majoriti dua pertiga.

Malah ahli UMNO diingatkan supaya terus berada di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya negara terus kuat dan maju.

“Perdana Menteri berkata, kalau kita nak menang di Putrajaya saja, kita sudah boleh buat PRU, tapi kita mahukan kerajaan yang kuat dengan majoriti dua pertiga,” katanya.

Annuar juga berkata, walaupun Najib terus diserang oleh lawan, beliau tetap fokus dengan kerja, malah terus mendengar suara rakyat.

“Memang semua Presiden UMNO dan Perdana Menteri teruk dilanyak oleh lawan. Begitu juga dengan Najib, walaupun menerima serangan, beliau tetap fokus kepada kerja dan menjaga negara untuk masa depan.

“Malah menjadi tradisi kita untuk mendengar dan membuat apa yang diperlukan rakyat yang mana bukannya untuk populariti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");