Berita Hari Ini

Jawatankuasa Khas Kaji PATC 1995

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengarahkan AmanahRaya Berhad (AmanahRaya) untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (PATC 1995) secepat mungkin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jawatankuasa tersebut harus ditubuhkan bagi mengkaji akta itu, memandangkan ia tidak pernah dipinda selepas digubal.

“(AmanahRaya) telah mengetengahkan beberapa perkara yang hendak dibawa ke tengah dan saya menyambut apa yang dinyatakan.

“Insya-ALLAH sekiranya (kajian akta itu) disiapkan cepat, saya boleh bawa (kajian itu) ke mesyuarat Kabinet dan saya boleh bawa ke sidang Parlimen akan datang,” katanya kepada media selepas lawatan rasminya ke syarikat itu, hari ini.

Menurutnya, semua pihak berkepentingan, dari sektor kerajaan dan swasta perlu berada di dalam jawatankuasa tersebut bagi memastikan kajian PATC 1995 akan mendapat hasil terbaik.

Selain PATC 1995, jawatankuasa itu perlu mengkaji berhubung cadangan penubuhan Pusat Daftar Setempat Harta dan Tanggungan (Aset dan Liabiliti)1  Malaysia dan penggunaan kad MyIdentity bagi mencari waris harta pusaka yang diamanahkan kepada AmanahRaya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Adenan Md Yusof, pindaan PATC 1995 hanya bidang kuasa dan fungsi AmanahRaya.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan membuat wasiat dengan kami pada masa akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");