Membawang Hari Ini

Jihan Muse, Suami Dapat Anak Lelaki

PENGACARA dan pelawak Jihan Muse selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di DEMC Specialist Hospital Shah Alam kira-kira pukul 10.15 malam Khamis.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan anak sulungnya itu seberat 3.85 kilogram dan bayi dalam keadaan sihat.

Dia juga akan berehat selama dua bulan daripada menjalankan aktiviti seni untuk beri tumpuan kepada keluarganya.

“Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili Jihan Muse dan Engku Hariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung seberat 3.85 kilogram pada jam 10.15 malam sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

“Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan bayi dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama dua bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih,” katanya kenyataan itu lapor Mstar Online.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan iaitu pelakon Ungku Hariz meluahkan rasa syukur sudah bergelar seorang bapa.

Ungku juga mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap semua peminat akan mendoakan dia sekeluarga.

Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, berkahwin pada bulan Mac tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");