Berita Hari Ini

Johor: 40 Pusat Tahfiz Tidak Berdaftar Dikenal Pasti

JOHOR BAHRU: Sebanyak 40 pusat tahfiz yang tidak berdaftar di Johor telah dikenal pasti sehingga hari ini.

Kebanyakkan pusat tahfiz itu adalah milik persendirian dan menjalankan operasi mereka di bangunan kedai serta kawasan kampung.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, kesemua pusat tahfiz tidak berdaftar itu dikesan hasil pemeriksaan dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.

Katanya, kewujudan pusat tahfiz tidak berdaftar ini memberi impak dan pandangan negatif terhadap institusi tahfiz sebenar.

Ada di antara pusat tahfiz terbabit tidak menepati syarat bangunan, jumlah murid sedikit, guru tidak bertauliah dan lebih menyedihkan, mereka juga mengambil kesempatan untuk mengutip derma dan sumbangan tanpa kebenaran.

“Dia (pusat tahfiz) kena ikut peraturan kita. Kalau tidak, kita akan tutup pusat-pusat tahfiz tak berdaftar ini dan pelajarnya kita akan pindahkan kepada sekolah yang betul, yang ada guru berkelayakan dari Universiti Al-Azhar. Ini supaya kita boleh pantau kegiatannya, kata Abd Mutalip, sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Skim bantuan Guaman Syarie 2018 di Mahkamah Syariah Negeri Johor di sini.

Skim tersebut yang bermula 1 Feb dirangka bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman syarie yang ditawar mengikut keperluan kes.

Abd Mutalip menjelaskan kos guaman menerusi skim terbabit jauh lebih murah berbanding kos sebenar hingga mencecah RM4,000.

Sebanyak RM500,000 dana disalurkan dalam skim ini bagi mereka yang layak dengan syarat beragama Islam, warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Johor, pendapatan tidak melebihi RM3,000 dan tidak mendapat khidmat daripada Jabatan Bantuan Guaman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");