Jenayah

Jurulatih Bola Sepak Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah

SEREMBAN: Seorang ketua jurulatih bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah pada November tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim hari ini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim.

Semalam, ketua jurulatih berusia 40-an itu ditahan di sebuah lokasi di negeri ini kerana disyaki memberi wang rasuah kepada pemain pasukannya sebagai balasan memastikan kemenangan sebuah pasukan lain dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) zon selatan, 25 Nov lepas memetik laporan Bernama.

Terdahulu, lelaki berkenaan hadir di Mahkamah Khas (Reman) di sini pada 10 pagi menaiki kenderaan SPRM.

Turut hadir peguam mewakilinya Aina Nadirah Mohd Yusof.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");