Jenayah

Jurutera, Aktivis Didakwa Ganggu Tugas Penjawat Awam

KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini, atas pertuduhan menghalang penjawat awam bertugas, dua tahun lalu.

Jurutera, Toong Ah Tea, 62, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin memetik laporan Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam, pegawai kanan polis iaitu Deputi Superintendan (DSP) M Gunalan ketika menjalankan tugasnya bagi melakukan pemeriksaan terhadap buku pameran di ruang legar tingkat 1, KLCAH No 1 Jalan Maharajalela di sini, pada jam 3.20 petang, 17 Disember 2016.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya K Vasugi tidak menawarkan sebarang jaminan, manakala peguam Tan Lee Koon yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som, seorang aktivis, Wong Chee Wai, 39, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama di mana kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat sama dan pada tarikh yang sama.

Mahyudin membenarkan Chee Wai dijamin RM1,000 dan menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin, manakala tertuduh diwakili peguam Lee Koon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");