Sukan Hari Ini

KAFA Ikat Dua Peledak Import Berbisa

Kota Bharu: Dua penyerang yang menjadi peledak dalam Liga Indonesia musim ini, Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes melengkapkan lima kuota import Kelantan musim depan.

Kedua-dua pemain yang beraksi di posisi penyerang dengan masing-masing meledak lebih 10 gol dengan pasukan terdahulu, akan menjadi senjata menggerunkan The Red Warriors (TRW) dalam kancah Liga M nanti.

Sebelum ini, TRW mengekalkan pemain tengah bertahan dari Perancis, Morgaro Gomis dan mengikat bekas pemain import UiTM FC, Do Dong Hyun selain turut menyambar pemain pertahanan kental, Cassio Jesus.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, Sinaga yang beraksi dengan PSM Makkasar musim lalu menghasilkan lebih 10 jaringan manakala Bruno yang berasal dari Brazil pula mencipta 10 gol bersama Persija Jakarta musim lalu.

“Selain pengalaman tinggi, mereka juga mempunyai kriteria dan aura penyerang baik bersama bekas pasukan masing-masing.

“Apa yang menjadi harapan kita selepas ini adalah kombinasi mereka bersama rakan pasukan lain dan diharap dua penyerang ini mampu memperkasakan serangan pasukan,” katanya pada sidang media selepas menandatangani perjanjian bersama Ferdinand, hari ini.

Pada masa sama, Bibi Ramjani memaklumkan semua tonggak import pasukan bakal diturunkan dalam kejohanan tiga penjuru antara kelab terkemuka Asia Tenggara pada 13 hingga 20 Januari ini.

“Semuanya akan beraksi dalam kejohanan itu dan kita berharap mereka dapat mencari keserasian satu sama lain.

“Sebagai cetusan semangat kepada pemain, kita mahu pasukan berada di kedudukan lima teratas dan harap pemain boleh lakukan yang lebih lagi,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");