Perak Hari Ini

Kakitangan Awam Digesa Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Lebih Mantap

IPOH: Umum mengetahui bahawa penguasaan Bahasa Inggeris yang baik merupakan salah satu mekanisme yang penting bagi mendapat tempat dalam mana-mana sektor pekerjaan, baik di peringkat swasta mahupun kerajaan.

Memang bahasa rasmi bagi penjawat awam adalah bahasa Malaysia namun, mereka juga sepatutnya tidak ada masalah dalam tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

Apatah lagi, jika jabatan tersebut memerlukan komunikasi dua hala dengan orang awam yang datang daripada pelbagai latar belakang kaum dan bahasa.

Namun, baru-baru ini telah tular sekeping foto yang dimuatnaik ke laman sosial berkenaan kesalahan penulisan notis dalam Bahasa Inggeris di Pusat Penerangan Pelancongan Perak, di sini

Ia didakwa berpunca daripada kecuaian salah seorang kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang menggunakan Google Translate secara terus, tanpa meneliti semula ayat dalam notis berkenaan.

Perak Today hari ini cuba mendapatkan respon daripada pelbagai pihak berkenaan isu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang ditemui berkata, penjawat awam seharusnya lebih teliti dalam menjalankan sebarang urusan kerja dan tidak menggunakan ‘jalan pintas’.

“Mereka seharusnya memastikan terjemahan dan mesej yang cuba disampaikan itu tepat dan tidak lari daripada maksud asal.

“Jangan ambil jalan mudah, dengan mengambil secara terus daripada Google Translate.

“Jika hendak menggunakannya sekali pun, teliti terlebih dahulu,” katanya.

Tambah beliau, pelbagai sumber yang boleh dirujuk antaranya Dewan Bahasa Pustaka.

 

Yang DiPertua Majlis Daerah Tapah, Muhammad Nazri Abdullah

“Badan ini tidak semestinya berhubung dengan Bahasa Melayu tetapi mereka juga boleh dirujuk sebagai sumber untuk terjemahan daripada Bahasa Melayu kepada bahasa lain,” ujarnya.

Selain itu, Yang DiPertua Majlis Daerah Tapah, Muhammad Nazri Abdullah berkata mana-mana anggota yang bertanggungjawab menerbitkan sebarang notis umum, hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada pegawai ataupun pihak yang lebih pakar dalam meneliti sebarang kesalahan penggunaan bahasa.

Tambah Muhammad Nazri, pembudayaan Bahasa Inggeris juga harus dijalankan ke semua peringkat dalam jabatan.

Sementara itu, kakitangan awam, Zulbazli Mohd Ali, berpendapat agar isu ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua penjawat awam agar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Ujarnya, semua jabatan kerajaan juga boleh mengambil inistatif dalam memantapkan penguasaan bahasa tersebut.

Zulbazli Mohd Ali

 

Antara cadangannya ialah mewujudkan hari penggunaan Bahasa Inggeris sama ada sehari dalam seminggu ataupun, sekali dalam sebulan.

“Bukan hendak menjadikan ia sebagai bahasa utama namun ia lebih kepada hendak memahirkan diri kita dalam menguasai penggunaan dwibahasa.

“Usaha ini secara tak langsung dapat menantapkan keyakinan kita untuk berkomunikasi dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Justeru, bagi Peraktoday sendiri, untuk memastikan jabatan kerajaan di Perak bertaraf antarabangsa maka usaha untuk membudayakan Bahasa Inggeris sememangnya perlu dilakukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");