Jenayah

Kanak-Kanak Nyaris Maut Terjatuh Dari Tingkat 4

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lima bulan terselamat selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan kejadian jam 5.15 petang itu berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama ibunya, manakala bapanya yang juga anggota tentera membasuh kereta di bawah memetik sumber laporan dari Berita Harian.

Mangsa dikatakan bermain di ruang tamu dan membuka pintu gelongsor (sliding) untuk keluar ke beranda.

Dia kemudiannya secara tiba-tiba terjatuh ketika bermain di beranda berkenaan.

Bapanya yang menyedari mangsa terjatuh berlari mendapatkan kanak-kanak itu dan membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan dalam keadaan stabil, kejadian itu turut ditularkan di media sosial sejak lewat malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, telah mengesahkan kejadian tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");