Perak Hari Ini

Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta, Bomba Selamatkan

KUALA KANGSAR:Seorang kanak-kanak perempuan diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap dalam kereta dalam kejadian yang berlaku di Kampung Chuar Hilir pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, mangsa kanak-kanak berusia 1 tahun 6 bulan itu dipercayai telah terperangkap ketika sedang bermain di dalam kereta jenis Proton Saga milik keluarganya.

“Panggilan kecemasan diterima pihak penyelamat sekitar jam 8.37 pagi tadi dan didapati seorang kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam kereta ketika sedang bermain didalamnya,” kata sumber.

Difahamkan setibanya penyelamat di lokasi kejadian kanak-kanak tersebut sedang menangis di dalam kereta dan percubaan untuk membuka pintu kereta tersebut oleh ahli keluarganya tidak berjaya.

Bagaimanapun mangsa berjaya dikeluarkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");