Isu Panas

Ke Mana Hilangnya YB Dap Jementah Di Saat Rakyat Di Kawasannya Ditimpa Bencana?

SEGAMAT, 17 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segamat hari ini melahirkan perasaan terkilan dengan `kehilangan’ Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Jementah, tersebut dibuka pada 10 Januari lalu Tan Chen Choon di kala rakyat di kawasan yang diwakilinya kini dilanda musibah banjir.

Ketuanya, Bastien Onn berkata, beliau pelik kerana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Gemereh 4 telah dibuka pada 10 Januari lalu, namun kelibatnya atau wakilnya langsung tidak kehilangan namun Tan Chen Chon kelihatan sibuk di Parlimen Sembrong bersama Dap Johor membantah pembinaan kem tentera di DUN Paloh dan sempat pula ke Mersing untuk meninjau tanah runtuh semalam.

“Mangsa-mangsa banjir dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu Badak yang berada di PPS ini merupakan pengundi beliau di DUN Jementah dan selepas tujuh hari dilanda banjir, tidak ada satu hari pun beliau datang melawat mereka.

“Beliau langsung tidak melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Gemereh 4, malah wakil Adun daripada Dap tersebut juga tidak kelihatan menziarahi mangsa-mangsa banjir ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, tindakan Chen Choon juga disifatkan tidak adil kepada pengundi-pengundinya di DUN Jementah yang sedang ditimpa musibah selain tidak mencerminkan sikap seorang pemimpin.

“Saya harap apa yang terjadi ini, pengundi-pengundi di DUN Jementah dapat menilai semula keberkesanan dan kesanggupan wakil-wakil Dap ini dalam memberikan khidmat dan bakti selepas menang dalam pilihan raya, yang jelas menunjukkan ketidak mampuan dan keikhlasan mereka dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan”, katanya.

Justeru tegasnya pada PRU14, rakyat bukan sahaja harus menilai malah harus menghukum wakil rakyat dari Dap ini dan bagilah peluang kepada wakil dari BN, kerana politik amal bakti BN tetap subur walaupun berada di kawasan pembangkang.

“Ini menunjukkan bahawa mereka yg memilih calon Dap dalam PRU13 lalu telah dikhianati secara terang-terangan. Perkara ini boleh diperbetulkan dalam PRU14 dan BN akan menyediakan calon yang lebih sedia berkhidmat.

“Sebelum ini beliau (Chen Choon) bersama Dap Johor asyik berkempen dan membantah pembinaan Kem Segamat sahaja sehinggakan tidak ada isu lain yang dibawa dan saya ingin mengingatkan beliau bahawa rakyat sentiasa memerhatikan gerak kerjanya,” tambahnya.-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");