Perak Hari Ini

Kediaman Nga Kor Ming Diserbu

IPOH:Kediaman milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming diserbu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan merampas telefon bimbit serta komputer riba miliknya hari ini.

Turut diserbu kediaman ibu bapanya di Ayer Tawar, dan pusat khidmatnya di Taiping.

Beliau terdahulu hadir ke Balai Polis Sungai Senam di sini bagi memberi keterangan sekitar jam 5.30 petang tadi.

Difahamkan serbuan SKMM tersebut adalah berkaitan poster yang dimuatnaik di media sosial yang mengkritik pemimpin negara.

Nga Kor Ming ketika ditemui media selepas memberi keterangan di Balai Polis berkenaan berkata serbuan melibatkan siasatan dibawah Seksyen 233 (1) Akta SKMM iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pengerusi DAP Perak itu mengakui ada memuat naik status terbabit di akaun Twitternya, November lalu, bagaimanapun katanya, beliau tidak berkongsi siaran sama di Facebook.
“Saya hanya mempunyai satu akaun Facebook dan bukan saya yang kongsikan tweet itu. Mereka tidak mempunyai bukti bahawa ia telah dilakukan oleh saya,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya dalam kes itu sekiranya diminta berbuat demikian.
“Sebagai warganegara yang mematuhi undang-undang, saya pasti akan beri kerjasama sepenuhnya, diminta hadir beri keterangan juga saya akan hadir, namun saya mohon agar keadaan sebegini tidak berulang.

“Serbuan itu sememangnya memeranjatkan apabila lebih 10 pegawai datang ke rumah saya, pusat khidmat dan rumah ibu bapa saya serta merampas semua komputer riba termasuk telefon saya,” katanya.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama Nga berdepan masalah berkaitan dengan muatnaik pelbagai infografik di media sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");