Isu Panas

“Kempen #UndiRosak Tidak Bertanggungjawab”

KUALA LUMPUR: Kempen undi rosak yang dijalankan oleh beberapa belia bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggap sebagai satu kempen yang tidak bertanggungjawab, kata kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4BM).

Menerusi laporan Astro Awani, Ketua Penerangan GB4BM, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, “Golongan yang menjalankan kempen undi rosak ini tidak sedar tentang tanggungjawab mereka untuk memilih pemerintah atau kerajaan.

“Saya berharap golongan belia tidak terpengaruh dengan kempen seperti ini yang amat menjijikkan.

“Apabila kita (belia) mencecah usia 21 tahun, kita keluar dan pergilah mengundi untuk memilih kepimpinan yang terbaik,” jelas beliau lagi.

Baru-baru ini, heboh di media sosial apabila kempen #UndiRosak tular dan kian mendapat sokongan terutama sekali golongan belia yang tidak menyokong tawaran yang diberikan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14.

Sementara itu, Presiden GB4BM, Mejar (K) Mohd Nizam Omar berharap golongan belia yang layak mengundi akan keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab kepada negara.

“Kami mengambil inisiatif dengan berjumpa dengan para ahli GB4BM daripada semua peringkat agar mendaftarkan diri sebagai pengundi.

“Perkara paling penting ialah, mereka perlu keluar mengundi dan tidak mensia-siakan tanggungjawab tersebut,” kata Mohd Nizam ketika sidang media mengenai program terbaru GB4BM hari ini.

Pada majlis tersebut, GB4BM mengumumkan akan mengadakan program Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibbah 2018 yang bakal diadakan pada 10 hingga 11 Feb di Banghuris Homestay, Sepang.

Mohd Nizam menyasarkan, 300,000 ahli seluruh Semenanjung Malaysia akan hadir supaya semangat setiakawan dan muhibbah antara ahli dikukuhkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");