Berita Hari Ini

Keputusan Pencarian MH370 Minggu Depan – Liow

KUALA LUMPUR: Kerajaan  kini dalam fasa terakhir rundingan sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana syarikat yang berminat dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hampir empat tahun lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan minggu depan.

“Kita akan umum minggu depan, mereka (syarikat pencarian) boleh menggerakkan kapal mereka sebaik sahaja butiran rundingan dimuktamadkan. Australia dan China mungkin akan terbabit sama dalam misi pencarian itu,” katanya.

Liow, yang juga presiden MCA, berkata demikian kepada pemberita sebelum menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Beliau mengulas laporan portal berita antarabangsa yang mendakwa pencarian MH370 akan bersambung selepas dihentikan Januari tahun lepas dan kerajaan Malaysia telah mengenal pasti sebuah syarikat pencarian dari Amerika Syarikat bagi mengetuai misi itu.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pencarian pesawat Boeing 777 itu yang dilakukan di selatan Lautan Hindi dihentikan pada Januari 2017 setelah ia gagal ditemui.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");