Berita Hari Ini

Kerajaan Bantu Bina Semula Bangunan Terbakar

KOTA BHARU: Kerajaan menerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) akan membina bangunan baharu untuk Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, yang terbakar dua minggu lalu.

Pengerusi Eksekutif YPPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek berkenaan bagi membolehkan orang ramai terus mengikuti pengajian agama di situ.

Katanya kerajaan sudah meluluskan bajet bagi membina sebuah bangunan baharu di tapak asal yang akan mula dibina tahun ini.

“Yayasan menerima maklum mengenai kejadian dan kini kita sudah memberikan keperluan segera yang diperlukan pelajar seperti kelengkapan pakaian dan kitab.

“Secara tidak langsung ini turut menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga institusi pondok negara,” katanya selepas melawat tapak kebakaran Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, di sini, hari ini.

Pada 28 Disember lalu, sebanyak 14 unit asrama Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir, di sini, hangus dalam kebakaran pada jam 7.45 malam, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Pondok yang menempatkan 24 pelajar termasuk seorang warga emas itu musnah kerana binaannya daripada kayu.

Sementara itu, mudir pondok terbabit, Mohd Jalaluddin Asayuti, berkata kejadian itu membuka mata orang ramai untuk terus membantu dan menghulur sumbangan kepada pelajar pondok.

“Sejak kejadian, tidak putus-putus orang ramai datang melawat dengan memberikan sumbangan dan keperluan kepada pelajar.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang membantu terutama kerajaan yang meluluskan bajet untuk membina sebuah semula bangunan yang baharu bagi menggantikan yang terbakar bagi memberi keselesaan buat pelajar,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");