Berita Hari Ini

Kerajaan Mahu Lebih Ramai Golongan Muda Berniaga Food Truck

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan mahu lebih ramai golongan muda menceburi perniagaan berkonsepkan karavan atau trak makanan (‘food truck’).

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perniagaan ‘food truck’ mampu mengukuhkan ekonomi golongan muda terutama di bandar kerana ia boleh dijadikan sebagai pendapatan kedua mereka.

“Ramai antara mereka (golongan muda) menjadikan perniagaan ‘food truck’ sebagai pendapatan kedua. Siang mereka bekerja dan malam mereka berniaga ‘food truck’. Ini cara untuk tingkatkan pendapatan bagi warga Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda Umno Titiwangsa 2018, di sini hari ini.

Katanya golongan muda juga diseru menceburi bidang ini bagi menambah variasi makanan yang dijual.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata peniaga warung dan penjaja terutama di Kuala Lumpur digesa supaya segera mendapatkan lesen perniagaan ‘food truck’ bagi merealisasikan hasrat sifar penjaja haram di sekitar ibu negara menjelang 2020.

“Kita beri geran RM10,000 bagi mereka mengembangkan perniagaan ‘food truck’. Selain itu kita bekerjasama dengan Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan Mara (Majlis Amanah Rakyat) untuk membantu mereka memulakan dan mengembangkan perniagaan,” katanya lapor Bernama.

Beliau menambah setakat ini sebanyak 250 lesen ‘food truck’ telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");