Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Akan Perhalusi Cadangan Caruman PERKESO Untuk Pemandu Teksi

IPOH: Kerajaan Negeri akan memperhalusi permohonan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perak berkenaan peruntukan dana untuk caruman liputan PERKESO bagi pemandu teksi sebagaimana yang dilaksanakan di Terengganu mulai Jun tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, ianya akan dibincangkan diperingkat EXCO setelah diteliti sepenuhnya.

Jelasnya, inisiatif yang meliputi caruman serendah RM157 setahun ini, bakal memberi faedah kepada kira-kira 2,000 orang pemandu teksi seluruh negeri.

Pada masa sama, Pengarah PERKESO negeri, Noorhanita Mohamad yang ditemui berkata pihaknya melalui Pengurus Besar Bahagian Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri, Ismail Abi Hashim telah pun menghantar kertas kerja terhadap permohonan ini kepada Pejabat Menteri Besar semalam.

Beliau berkata demikan kepada media ketika ditemui pada program Jom Prihatin@ PERKSEO Ipoh, di Wisma PERKESO dekat sini, pada Khamis.

Pada program berkenaan, seramai enam orang pemohon telah menerima bantuan interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak RM600 setiap seorang.

Mereka ialah kumpulan pertama di negeri ini semenjak ianya dilaksanakan awal bulan ini.

Selain itu, pada program sama, turut diserahkan faedah PERKESO kepada 10 orang penerima yang meliputi faedah bagi kehilangan upaya akibat kemalangan, pencen akibat penyakit dan pencen penakat kepada waris yang layak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");