Perak Hari Ini

Kerana Percayakan Kawan, Lelaki Rugi RM130,000

IPOH: Seorang lelaki memohon agar pihak polis dapat mencari kenalannya yang didakwa sengaja menghilangkan diri dan mengelak daripada membayar hutang.

Pada Jun 2016, Tan Teik Heng, 54 telah meminjamkan wang berjumlah RM150,000 kepada Bah Khee Chin, atas dasar sudah mengenali antara satu sama lain sejak lapan tahun lalu.

Teik Heng yang ditemui berkata, ianya mula berubah apabila kenalannya itu menyerahkan cek palsu bernilai RM10,000 yang dikatakan sebagai mahu membayar hutang kepadanya, pada 18 September tahun lalu.

 

Katanya, cek tersebut merupakan milik isteri Khee Chin, Yu Bee Inn.

Kemudiannya, Teik Heng berkata, pada 7 Oktober 2016, sekali lagi kenalannya itu datang dan menyerahkan sekeping cek bernilai RM20,000 kepadanya.

Namun, beliau menerima nasib yang sama apabila cek tersebut juga dilaporkan palsu oleh pihak bank.

 

Setelah gagal mendapatkan rakannya, dia kemudianya membuat laporan polis pada November 2016 di Balai Polis Pokok Assam, Taiping.

Dalam satu sidang media di Wisma MCA Perak, hari ini, Teik Heng berkata sebanyak 11 cek palsu yang diterima manakala, hanya 2 keping cek sahaja yang bernilai RM10,000 setiap satu yang boleh ditunaikan.

 

Dia yang menanggung kerugian RM130,00 itu berkata dia pernah direman selama 7 hari pada Oktober lalu, kerana secara tidak sengaja telah menampar Khee Chin.

Katanya, Khee Chin cuba memukulnya menggunakan sebatang kayu, apabila dia datang ke rumahnya.

Dia yang bekerja sebagai penyelaras majlis keramaian itu berkata dia juga pernah dituduh menjadi anggota pengendali pinjaman wang secara haram ataupun Ahlong oleh kenalanya itu namun ianya tidak dapat dibuktikan.

Pada perkembangan sama, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Perak Jimmy Loh Thim Kheun yang ditemui memohon agar pihak polis dapat menyegerakan siasatan terhadap kes ini.

“Sebanyak enam laporan polis telah dibuat sejak 2016, namun sehingga kini masih lagi tiada perkembangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");