IPOH:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pendekatan berkerjasama parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan adalah satu langkah bijaksana dalam menghadapi suasana politik serta pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.
Katanya,tindakan itu baik memandangkan kedua-dua parti ini secara majoritinya mewakili masyarakat Cina.
“Melalui kerjasama begini ia akan membantu memantapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya akan datang malah persefahaman begini di peringkat kepimpinan akar umbi jentera sewaktu pilihanraya akan lebih mudah malah tidak berlaku lagi salah faham melibatkan sokongan kepada calon-calon BN yang diwakili oleh salah satu parti tersebut,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau turut menyatakan keyakinan persefahaman diantara MCA dan Gerakan adalah satu langkah kehadapan yang telah dilakukan kedua-dua parti ini kerana berada di dalam BN.
“Sudah tentunya jika dapat duduk bersama-sama dengan komponen yang lain dalam satu kerangka kerjasama yang baik kita akan mendapat keberhasilan yang baik,” katanya.
Tambahnya lagi kerjasama tersebut penting termasuk juga melalu pengajuran bersama bagi pelbagai program termasuk sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir.
Sementara itu pada perkembangan yang sama,mengulas mengenai pembahagian kerusi pembangkang di negeri ini katanya tiada perkara yang terlalu luar biasa dapat dilihat dan DAP kelihatan masih kekal mempertahankan kerusi masing-masing.
“Daripada pemerhatian saya seperti biasa kawasan DAP tidak boleh disentuh kawasan lain dahulu kawasan PAS dan kini tidak bersama pakatan mereka jadi ada yang mahu masuk kawasan PAS,UMNO jadi lebih kepada kawasan seperti itu..bagaimanapun tidak nampak agihan yang luar biasa malah kawasan ditandingi DAP tidak pula diberi kepada rakan-rakanya di Perak,” katanya.