Perak Hari Ini

Kes Dadah: Terkawal, Namun Membimbangkan

IPOH: Walaupun kadar indeks jenayah di negeri Perak secara keseluruhannya masih terkawal namun, bagi kesalahan jenayah narkotik, keadaanya agak membimbangkan.

Ia diakui oleh Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan yang mana katanya, pada 2017 terdapat peningkatan bagi jumlah tangkapan bagi kes dadah ini iaitu sebanyak 0.09% (10,261 kes).

Nilai rampasan pula berjumlah RM12.4 juta, berbading pada tahun 2016 yang mencatatkan sebanyak RM4.9 juta.

Selain itu, katanya jumlah tangkapan pengedar dadah sebanyak 2,459 orang juga menunjukkan peningkatan sebanyak 11 %.

Bagi kesalahan pemilikan dadah pula, pada tahun 2017, terdapat sebanyak 4,622 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 5,621 kes.

Walau bagaimanapun, katanya, terdapat penurnunan bagi tangkapan pengedaran dadah di bawah langkah-langkah khas sebanyak 11%.

“Bagi jenis rampasan dadah, syabu adalah yang teringgi, yang mana melibatkan 14.059 kilogram dan seterusnya, ketamine iaitu sebnyak 1460.46 gram.

“Dalam kategori dadah tradisional pula, ganja telah dirampas sebanyak 77.4 kilogram dan heroin pula berjaya dirampas sebanyak 43 kilogram,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau berkata kegiatan mesin judi haram juga telah berjaya dihapuskan di seluruh Perak.

Hasnan juga turut menegaskan Polis Perak akan terus membanteras kegiatan judi haram dan gangsterisme.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Serah Terima Tugas di Mess Pegawai Kanan Kontinjen Perak, dekat sini, pada jumaat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");