Perak Hari Ini

Kes Rebat Elektrik 2.5%: Mahkamah Ketepi Permohonan Tindakan Atas TNB

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan Peguam Soon Tze Toong yang memohon semakan kehakiman terhadap dakwaan pengabaian Suruhanjaya Tenaga mengambil tindakan ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Mahkamah juga menolak permohonan semakan dan saman terhadap Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang didakwa tidak mengambil sebarang tindakan kepada Suruhanjaya Tenaga.

Terdahulu, Tze Toong dalam satu kenyataan mendakwa TNB  telah mengabaikan rebat 2.5% ke atas deposit yang telah dibayar oleh pengguna.

Beliau turut mendakwa 2.5% itu yang sepatutnya menjadi rebat berlaku sebaliknya di mana TNB telah menambah nilai tersebut kepada jumlah deposit pengguna.

Tze Toong kemudianya memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 27 September lalu bagi dakwaan ini.

Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali berkata berdasarkan perkara 16 dalam Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, kuasa menteri hanyalah berbentuk budi bicara serta arahan yang bersifat am.

Dalam erti kata lain menteri tidak mempunyai kuasa dalam membuat sesuatu keputusan mutlak ke atas suruhanjaya tersebut.

Selain itu, Hakim turut menyatakan tidak ada sebarang peruntukan yang menyatakan dengan jelas bagaimana bayaran rebat itu harus dibuat.

Katanya TNB boleh memberi rebat dengan apa cara sekalipun selagi pengguna tidak mengalami sebarang kerugian.

Mahkamah turut menyatakan pemohon gagal menyatakan nilai kerugian secara terperinci.

Dalam pada itu, Hakim turut menyatakan bahawa pada 18 Jun tahun lalu, TNB telah memberi respon kepada pemohon melalui satu surat kenyataan.

Hakim kemudianya membacakan perenggan empat dalam surat berkenaan yang membawa maksud pihak pemohon boleh menyatakan bantahan kepada TNB melalui saluran yang betul jika tidak bersetuju dengan cara pemberian rebat yang baharu.

Sejurus selepas keputusan dibuat, Tze Toong yang ditemui diluar makhamah bersama Peguam Cheong Yau Kheong, berkata beliau menyambut baik keputusan itu.

Turut hadir mendengar keputusan mahkamah ialah Peguam Muhammad Fairuz Ahmad Yusof dan Dir Kheizwan Kamaruddin yang mewakili Suruhanjaya Tenaga.

Peguam S. Malar Selvi, hadir mewakili menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");