Jenayah

Kes Samun, Bunuh: Suspek Utama Ditahan

PORT DICKSON: Suspek utama kes bunuh juruteknologi pergigian di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, di sini, minggu lalu, ditahan polis di Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata lelaki berusia 20-an itu ditahan di rumahnya di sebuah taman perumahan di bandaraya berkenaan, jam 9 malam.

“Polis percaya penangkapan suspek akan dapat menyelesaikan siasatan kes ini. Kita turut menemui semula motosikal dan topi keledar milik mangsa yang hilang sebelum ini.

“Selain itu, siasatan mendapati suspek turut menggunakan kad kredit milik mangsa,” katanya menerusi laporan BH Online, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memohon perintah tahanan reman hari ini, bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Media sebelum ini melaporkan Mahusin Abd Rahim, 28, ditemui mati di rumahnya dengan kesan kecederaan di kepala akibat hentakan objek keras pada 22 Januari lalu.

Mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam, ditemui terbaring di atas tilam oleh seorang rakan yang datang ke rumahnya yang terletak di tingkat empat pada jam 8.30 pagi.

Polis semalam mengedarkan gambar seorang lelaki yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis di Johor Bahru yang dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan kes itu, bagi memohon bantuan orang ramai mengesannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");