Panasnya Hari Ini

Khairy Nafi Dakwaan Tun Mahathir, TN50 Tiru Wawasan 2020

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan menafikan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupkan tiruan daripada Wawasan 2020.

Khairy Jamaluddin sebaliknya mengatakan TN50 merupakan suatu gagasan yang mahu meneruskan Wawasan 2020.

“Oleh kerana ia akan tamat pada tahun 2020, kita perlu ada satu aspirasi negara baharu yang mengambil kira perekbangan terkiini, yang tidak wujud sewaktu Wawasan 2020 diperkenalkan.

“Wawasan 2020 tidak dapat menyediakan Malaysia untuk berhadapan dengan gangguan teknologi seperti artificial intelligence, augmented reality, dan Internet of Things.

“Ini antara sebab TN50 diperlukan,  kerana perkara-perkara ini adalah pola baharu dan tidak terkandung dalam Wawasan 2020,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.

Tambahnya, apa yang membezakan TN50 dengan Wawasan 2020 ialah TN50 mengambil pendekatan bottom-up iaitu mendahului suara rakyat yang mana ribuan aspirasi rakyat Malaysia dikumpulkan sebagai cadangan kepada pembentukan dasar TN50.

Wawasan 2020 pula hanya mengambil pendekatan top-down vission yangmana tidak mengumpulkan suara rakyat.

Selain itu, Khairy juga menafikan dakwaan kononnya TN50 adalah sebagai satu usaha bagi mengalihkan tumpuan rakyat daripada aspirasi yang dilancarkan Perdana Menteri keempat itu pada tahun 1991.

“Pada semua sesi dialog TN50, saya sentiasa menyebut TN50 sebagai kesinambungan kepada perancangan jangka masa panjang dahulu seperti DEB (Dasar Ekonomi Baharu) dan Wawasan 2020.

“Saya tidak pernah menidakkan Wawasan 2020. Walaupun saya tidak setuju dengan pelbagai dasar dan pendekatan Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, (namun) antara perkara yang saya setuju dan sokong adalah Wawasan 2020,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khairy turut melahirkan rasa kekecewaanya kepada Tun Mahathir yang menolak TN50 sedangkan ia merupakan aspirasi kolektif daripada generasi baru Malaysia.

Pada masa sama Khairy juga kecewa terhadap sikap bekas pemimpin negara itu yang kini mahu berjuang atas dasar pandangan peribadinya sahaja.

“Saya telah menjelaskan beberapa kali tentang bagaimana Wawasan 2020 dan TN50 dapat memberi impak yang besar kepada masa depan negara.

“Namun bagi anda (Tun Mahathir), yang penting ialah tentang legasi anda. ‘Saya, saya sendiri, Mahathir’,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");