Sukan Hari Ini

Kim Swee Ke Athletico Madrid Mac Ini?

PENGENDALI Skuad Bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee berkemungkinan dihantar ke Kelab Gergasi Sepanyol, Athletico Madrid untuk mendapat pendedahan berkenaan aspek kejurulatihan bola sepak Mac ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, ia membolehkan pengendali kelahiran Melaka itu menajamkan lagi kemahiran kejurulatihan sekali gus membawa impak yang besar buat pasukan negara.

“Kim Swee akan ke Sepanyol pada Mac ini melalui perancangan yang telah dibuat sejak enam bulan lalu bagi membolehkan beliau memahirkan lagi skil dan pengetahuannya dalam kejurulatihan.

“Berkemungkinan kelab itu adalah Athletico Madrid untuk tempoh sebulan atau dua bulan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Books Of Records kepada Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) di Hotel Thistle, di sini, sebentar tadi lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");