Perak Hari Ini

Kita Hanya Buat Kerja Untuk Rakyat-Zahid Hamidi

BAGAN DATUK:”Biarlah orang burukkan nama kita namun kita tidak akan burukkan mereka supaya rakyat tahu kita buat kerja, untuk rakyat” kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya apa yang paling penting adalah membuktikan kepada rakyat bahawa kerja yang dilakukan hanya untuk kebaikan semua rakyat.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan kepada komuniti Cina pada makan malam amal di Dewan Peng Aun Keong di sini hari ini.

Katanya lagi, permufakatan di kalangan rakyat Malaysia meliputi pelbagai kaum akan beri kemakmuran pada negara.

“Kita tidak menyentuh mengenai pembangkang cerita tentang diri kita, kita tak mahu gaduh kita mahu bangunkan Bagan Datuk, bangunkan Perak dan Malaysia,” katanya.

Jelasnya golongan muda meliputi kaum Cina, India terutamanya Melayu perlu bersatu hati dalam usaha memberi perubahan kepada pembangunan di Bagan Datuk.

“Orang Bagan Datuk pilihan raya umum (PRU) 12 sudah lepas, pru 13 sudah lepas,pru 14 akan datang kita lupakan pru12, pru 13 kita mahu jumpa pru 14,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");